Saturday, August 8, 2009

arghh..lemakkk

Macam mana lemak boleh terbentuk? Proses membentuk lemak ni terlalu kompleks. Apa yang dimakan seharian akan ditukar melalui proses pencernaan bermulut dari mulut. Makanan yang dimakan akan ditukar ke bentuk glucose dan dibawa ke salur darah. Bila paras glucose menjadi terlalu tinggi di dalam darah, pankreas akan merembeskan insulin. Fungsi insulin bagi membolehkan glucose berlebihan ditukar ke bentuk glikogen sebagai simpanan. Paras glikogen berlebihan akan dibawa ke hati dan yang berlebihan akan ditukar ke bentuk lemak dan disimpan di tempat yang terdapat banyak tisu adipos. Tisu adipos perempuan banyak terdapat di punggung dan peha. Lelaki di perut kebiasaannya.

Jadi adakah anda fikir yang lemak yang dibina melalui proses yang rumit ini dapat dihilangkan dengan menyapu krim di luar kawasan lemak, yang kononnya dapat memecahkan lemak-lemak badan. Ataupun melalui pemakanan produk membakar lemak. Semua itu tipu belaka. Memang tak dapat dinafikan ada supplement yang dapat membantu. Tapi supplement yang kebiasaannya terdapat di pasaran yang dapat dibeli dengan mudah biasanya produk tipu.

Lemak hanya boleh dibakar melalui aktiviti aerobik. Aktiviti aerobik adalah seperti berlari, joging, tarian aerobik, latihan bebanan, dan lain-lain. Pembakaran lemak boleh terjadi dengan melakukan aktiviti aerobik mengikut intensiti tertentu atau lebih tepat mengikut kadar denyutan nadi. Lemak akan terbakar jika melakukan aktiviti aerobic dengan kadar 55% hingga 75% daripada kadar nadi maksima. Jika kadar nadi latihan lebih tinggi, proses pembakaran lemak tidak terjadi.

Contohnya jika, seorang yang terlalu gemuk berlari untuk mengurangkan berat, tetapi kadar nadi latihannya tinggi, badannya akan bertindak balas dengan membakar protein atau otot sebagai sumber tenaga dan menyimpan lemak untuk kegunaan masa depan. Jadi ini menyebabkan dia tidak hilang lemak dan seterusnya terus kecewa untuk melakukan aktiviti tersebut kerana mendakwa tidak berkesan.

Kenapa saya cerita semua ini? Sering kali saya melihat ramai yang berlari atas treadmill di dalam gym atau di rumah tetapi tidak mendapat hasil daripada larian. Ataupun mendapat hasil hilang berat badan tetapi bukan hilang lemak. Sama seperti aktiviti tarian aerobik dimana bukan semua yang menyertainya berjaya mengurangkan berat badan seperti yang diimpikan. Aktiviti terian aerobik biasanya tidak berkesan disebabkan setiap peserta tidak mempunyai kadar nadi yang sama.

Bagaimana hendak mengira kadar nadi latihan?. Dengan mengunakan kovenan formula 220 - Age = Kadar Nadi Maksima. Kadar Nadi Maksima - Kadar nadi Rehat * Peratusan yang dikehendaki = Kadar Nadi Latihan. Jika menggunakan kawalan kadar nadi jantung yang boleh boleh diperolehi di kedai ianya agak mudah. Tetapi jika tiada anda boleh guna cara senang, mengira ketika dalam latihan. Kira untuk 15 saat dan didarap dengan 4. Walaupun kiraanya tidak tepat tetapi boleh digunakan sebagai rujukan. Ataupun boleh guna cara lain iaitu cara menguji melalui keupayaan untuk terus bercakap dan bernafas lancar ketika di dalam latihan.

Dengan menggunakan kaedah kiraan kadar nadi menjadikan proses pembakaran lemak lebih cepat dan efektif. Sesuatu aktiviti aerobik mesti dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk mendapat kesannya. Jika kurang 20 minit, badan hanya akan membakar glucose sebagai tenaga. Selamat mencuba.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger