Saturday, August 8, 2009

sistem tenaga

Tenaga berkait rapat dengan intensiti dan masa. Bila dalam satu latihan seperti berlari di atas treadmill, seseorang itu akan bermula dengan anaerobik dan diikuti dengan aerobik. Bagaimana tenaga latihan itu boleh terbentuk? Ketika kita melakukan aktiviti anaerobik, tenaga kita kebanyakan berpunca dari sistem Adenosine Triphosphate (ATP), dimana ATP dipecahkan kepada bentuk adenosine diphosphate (ADP). Bila ATP dihuraikan, ADP akan terbentuk dan ADP perlu ditukar kembali dalam bentuk ATP dengan kehadiran phosphate creatine (PC) yang disimpan di dalam muscle. Creatine ini juga boleh didapati melalui makanan. Dan yang paling banyak mengandungi creatine ialah daging merah. Sebab itu kita tengok orang yang banyak makan daging lebih kuat. Sebagai contoh, orang yang bermain lontar peluru perlu lebih banyak creatine untuk penghasilan tenaga untuk aktiviti anaerobiknya.

ATP simpanan dalam otot biasa bertahan untuk 2 saat sebelum PC bertindak dalam 5 saat. ATP akan dibentuk kembali dalam masa 7 saat. Didalam otot terdapat 36 ATP dan biasanya akan digunakan dalam masa 30 saat sebelum badan membakar glikogen sebagai sumber tenaga. Dalam masa badan membakar glikogen sebagai sumber tenaga, badan tidak menggunakan oksigen dalam pembakaran dimana masa dalam proses anaerobik. Asid laktik akan terhasil disebabkan pembakaran glikogen tanpa penggunaan oksigen. Kita ambil pelari pecut sebagai contoh. Dari sini kita dapat analisa bahawa larian pecut tidak menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Senang tak? Jika seorang individu meneruskan larian melebihi 4 minit, badan akan membakar glikogen sebagai sumber tenaga, dan dalam jangka masa 20 minit, badan akan bertindak balas untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga jika mengikut intensiti latihan yang betul.

Bagaimana lemak ini boleh terbakar? Dalam sel kita terdapat dapur yang kita panggil mitokondria. Di sini makanan akan dioksida atau dibakar untuk membekalkan tenaga. Lemak akan terbakar dengan kehadiran oksigen dan glukose, Tanpa oksigen, lemak tidak akan terbakar. Sesiapa nak bakar lemak lepas ini, bolehlah beli tangki oksigen. Bagaimana nak
memaksimakan pengambilan oksigen untuk pembakaran? Membuat latihan aerobik dengan intensiti 65%-75% daripada kadar nadi maksima. Apa kelebihannya? Ruang di dalam ventrikel kiri jantung akan lebih besar dan seterusnya boleh mengisi lebih banyak oksigen untuk dipam. Bila lebih banyak oksigen dipam, pembakaran lemak akan berlaku.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger