Friday, August 14, 2009

Ingin menjadi pemain pertahanan dalam bola sepak?. nilai diri anda...

Jika anda ingin menjadi pemain pertahanan dalam sukan bola sepak, anda memerlukan kriteria-kriteria seperti:-

Centre back

Tugas seorang centre back ialah:

  • Mengawal pemain lawan daripada melakukan percubaan.
  • Membuat terjahan kepada pemain yang menyerang.
  • Menghalang hantaran dan rembatan yang dilihat merbahaya.
  • Bertahan semasa pemain lawan melakukan sepakan sudut.
  • Membina tektik asas pasukan.
  • Mengekalkan postur semasa bertahan.
  • Bermain secara ringkas.

Kriteria yang diperlukan untuk menjadi centre back:

  • Tinggi, tandukan yang bagus, dan keupayaan melompat untuk bersaing dalam perebutan diudara.
  • Kebolehan dari segikekuatan, mengawal dan melakukan terjahan dalam situasi satu lawan satu.
  • Berani dan agresif dalam mencabar lawan.
  • Bijak membaca permainan.
  • Kosenstrasi yang tinggi.

Sweeper

Posisi sweeper dilihat sebagai posisi yang lebih bebas berbanding posisi yang pertahanan lain. Posisi ini juga digelar sebagai libero (daripada bahasa Itali yang bermaksud bebas.). Sweeper sering kali terbabit untuk melakukan serangan balas. Justeru, posisi ini memerlukan skil hantaran dan kawalan bola yang bagus.

Sekali sekala sweeper dilihat bergerak ke hadapan. Dalam bola sepak moden posisi sweeper jarang digunakan oleh kelab-kelab masa kini.

Full back

Pemain posisi full back ditugaskan untuk menghalang pihak lawan daripada membuat hantaran lintang dalam kotak penalti. Dalam sistem bertahan, full back ditugaskan untuk mengawal pemain lawan.

Tugas seorang full back ialah:

  • Memberi halangan fizikal kepada pemain lawan.
  • Lontaran ke dalam sering dilakukan pemain full back.
  • Mengawal pemain lawan yang menyerang.
  • Mengekalkan disiplin secara tektikal.
  • Memberi petunjuk semasa melakukan hantaran

Kriteria yang diperlukan untuk menjadi full back:

  • Stamina.
    • Kebolehan menggelecek.
  • Kebolehan mengawal dan melakukan terjahan.
  • Kebijaksaan dalam permainan.

Wing back

Posisi wing back sering digunakan dalam formasi 3-5-2 dan boleh digunakan sebagai pemain tengah. Tetapi posisi ini juga diguna pakai dalam formasi 5-3-2 dan lebih kepada bertahan

Jika kriteria-kriteria di atas ada pada diri anda, jangan segan, jangan malu..tingkatkan prestasi anda, fitness anda dan kemahiran anda dan jangan lupa tingkatkan disiplin anda, jati diri anda dan semangat anda. Ramuan-ramuan inilah yang menjadikan anda seorang pemain pertahanan yang bagus..fikir-fikir dan renung-renungkan lah..:)

Monday, August 10, 2009

MINYAK URUT vs RICE

Kita sering melihat dan mungkin pernah merasai kecederaan yang melibatkan anggota badan semasa bersukan. Macam-macam istilah yang kita dengar seperti terseliuh, salah urat, putus ligament etc. Jadi bagaimana ingin mengurangkan kesakitan ini?. Situasi yang kita akan lihat dan hadapi ialah meletak minyak (apa saja jenis minyak – minyak panas, minyak batu, minyak ular etc) kemudian berlakulah aktiviti mengurut. Sedarkah kamu yang perbuatan tersebut bukan sahaja menyebabkan kecederaan tersebut semakin teruk malah boleh menyebabkan anggota tersebut mengalami proses pembengkakkan yang mengerikan.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya mengurut tidak boleh?. Mesti anda akan menyoal soalan tersebut. Jawapannya ialah melakukan tindakan segera yang di panggil RICE. Apakah RICE?. RICE merupakan satu tindakan pantas bagi mengurangkan kesakitan dan bertambah teruknya kecederaan tersebut. RICE juga merupakan satu tindakan yang beransur-ansur mengikut langkah yang sepatutnya dilakukan semasa mendapat kecederaan. Berikut merupakan langkah-langkah dan huraian penggunaan RICE dan makna setiap langkah RICE.

R : REST - bermaksud bahagian yang tercedera perlu direhatkan dari aktiviti. Rehat mempercepatkan sembuh dan bahagian yang tercedera tidak bertambah buruk.

I : ICE - bermaksud menggunakan kaedah penyejukan terhadap bahagian yang tercedera. Ais, ’cool packs’ atau ’cool-spray’ boleh digunakan. Sejuk mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan bengkak. Ais boleh digunakan 30 minit setiap jam dalam masa 3 hingga 6 jam.

C : COMPRESSION - bermaksud menggunakan pembalut bagi menekan bahagian tercedera. Ianya boleh mengurangkan bengkak. Pada masa yang sama, ais boleh disertakan bagi kesan yang maksima.

E : ELEVATION - bermaksud menaikkan bahagian yang tercedera tinggi dari paras jantung supaya mengurangkan bengkak dan kesakitan.

Semoga maklumat ini membantu anda yang aktif dalam bidang sukan. Dapatkan lagi maklumat dari guru sukan anda mengenai proses ini. Layari juga youtube bagi mendapatkan klip video amali proses-proses RICE ini..majulah sukan untuk Negara..all the best..adios:)

Saturday, August 8, 2009

O2..


Betapa pentingnya oksigen kepada badan yang sihat? Ramai pakar menyimpulkan bahawa kekurangan oksigen dalam sel dan tisu manusia adalah penyebab utama kepada banyak (dan mungkin semua) jenis masalah kesihatan dan penyakit, dan terapi oksigen tambahan (termasuk CELLFOOD) boleh membawa kebaikan fisiologi yang menakjubkan. Ada banyak jenis terapi oksigen berkesan yang boleh didapati sekarang. Apa itu terapi oksigen? Terapi oksigen adalah mana-mana proses tambahan yang dapat meningkatkan kebolehdapatan kandungan oksigen terlarut di dalam badan secara selamat. Terapi juga boleh termasuk proses yang meningkatkan keupayaan badan menggunakan atau menggalakkan penyerapan oksigan. Kebanyakan rawatan adalah mahal dan perlu diambil atau dijalankan di bawah pengawasan ahli profesional perubatan yang berlesen.


Berikut adalah satu penjelasan ringkas tentang beberapa terapi oksigen yang diperakuti.


Oksigen yang dibotolkan

biasanya diberikan sebagai terapi penarikan nafas bagi masalah pernafasan yang serius.

Terapi Ozon (O3)

biasanya diinfusikan ke dalam rektum atau secara intravena, ia digunakan terutamanya untuk meningkatkan pengoksigenan darah, peredaran darah, imuniti dan untuk membunuh bakteria, virus dan fungus. Molekul oksigen ozon adalah sangat tidak stabil dan boleh menjadi toksik jika tidak diambil dengan sempurna

Terapi Hidrogen Peroksida (H2O2)

hidrogen peroksida dimasukkan ke dalam aliran darah untuk menentang bakteria, virus, yis, fungus dan patogen penyerang yang lain. Pengingesan H2O2 adalah amat controversial kerana ia boleh menyebabkan tindak balas yang buruk dalam saluran penghadaman: hidrogen yang berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan pH dan mungkin juga menghasilkan radikal bebas yang berbahaya. Terapi H2O2 hanya patut digunakan di bawah pengawasan ketat seorang ahli profesional kesihatan berlesen.

CELLFOOD

satu-satunya rawatan terapi oksigen yang selamat diambil sendiri dan tidak memerlukan preskripsi perubatan. Ia membekalkan kebolehdapatan oksigen pada tahap sel. Teknologi canggih ini adalah jawapan kepada kekurangan oksigen.


TANDA-TANDA KEKURANGAN OKSIGEN


Tanda-tanda awal kekurangan oksigen termasuk kelemahan keseluruhan, kelesuan, masalah peredaran darah, masalah penghadaman, kesakitan otot, pening, kemurungan, hilang ingatan, tidak rasional, lekas marah, perut berasid dan masalah pernafasan. Apabila sistem imun mengalami kekurangan oksigen, badan akan menjadi lebih terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan parasit, serta demam selesema. Kekurangan oksigen boleh juga membawa penyakit yang membawa maut seperti kanser. Kanser dan kebanyakan jangkitan atau penyakit tidak boleh hidup di dalam persekitaran yang kaya dengan oksigen.

Menurut Dr. Otto Warburg, pemenang Hadiah Nobel sebanyak 2 kali, “Penyebab utama kanser adalah penggantian pernafasan biasa sel badan dengan pernafasan sel secara anearobik (kekurangan oksigen). Apabila para saintis menganalisis kandungan oksigen dalam gelombang udara yang terperangkap di dalam gerudi kerak ais di Antartika, mereka dapati bahawa pada suatu masa dahulu, atmosfera Bumi mengandungi antara 38%-44% oksigen. Dengan peredaran zaman, peningkatan pencemaran, peningkatan toksin, pemusnahan hutan hujan dan pengurangan penghasil oksigen lain telah mengurangkan tahap oksigen di atmosfera zaman moden ini dari lebih 38% hingga ke kurang daripada 20%. Oleh sebab badan kita bukan dibentuk bagi penggunaan oksigen bertahap rendah, toksin yang berbahaya akan berkumpul dalam sel, tisu, organ dan aliran darah kita. Bagi tujuan perbandingan, tahap oksigen pada 6% boleh menyebabkan asfiksiasi dan kematian. Kita boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan, beberapa hari tanpa air, tetapi jika anda berhenti bernafas dari saat anda mula melayari laman web ini, pasti anda tidak lagi dapat membaca petikan ini sekarang!..lols

sistem tenaga

Tenaga berkait rapat dengan intensiti dan masa. Bila dalam satu latihan seperti berlari di atas treadmill, seseorang itu akan bermula dengan anaerobik dan diikuti dengan aerobik. Bagaimana tenaga latihan itu boleh terbentuk? Ketika kita melakukan aktiviti anaerobik, tenaga kita kebanyakan berpunca dari sistem Adenosine Triphosphate (ATP), dimana ATP dipecahkan kepada bentuk adenosine diphosphate (ADP). Bila ATP dihuraikan, ADP akan terbentuk dan ADP perlu ditukar kembali dalam bentuk ATP dengan kehadiran phosphate creatine (PC) yang disimpan di dalam muscle. Creatine ini juga boleh didapati melalui makanan. Dan yang paling banyak mengandungi creatine ialah daging merah. Sebab itu kita tengok orang yang banyak makan daging lebih kuat. Sebagai contoh, orang yang bermain lontar peluru perlu lebih banyak creatine untuk penghasilan tenaga untuk aktiviti anaerobiknya.

ATP simpanan dalam otot biasa bertahan untuk 2 saat sebelum PC bertindak dalam 5 saat. ATP akan dibentuk kembali dalam masa 7 saat. Didalam otot terdapat 36 ATP dan biasanya akan digunakan dalam masa 30 saat sebelum badan membakar glikogen sebagai sumber tenaga. Dalam masa badan membakar glikogen sebagai sumber tenaga, badan tidak menggunakan oksigen dalam pembakaran dimana masa dalam proses anaerobik. Asid laktik akan terhasil disebabkan pembakaran glikogen tanpa penggunaan oksigen. Kita ambil pelari pecut sebagai contoh. Dari sini kita dapat analisa bahawa larian pecut tidak menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Senang tak? Jika seorang individu meneruskan larian melebihi 4 minit, badan akan membakar glikogen sebagai sumber tenaga, dan dalam jangka masa 20 minit, badan akan bertindak balas untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga jika mengikut intensiti latihan yang betul.

Bagaimana lemak ini boleh terbakar? Dalam sel kita terdapat dapur yang kita panggil mitokondria. Di sini makanan akan dioksida atau dibakar untuk membekalkan tenaga. Lemak akan terbakar dengan kehadiran oksigen dan glukose, Tanpa oksigen, lemak tidak akan terbakar. Sesiapa nak bakar lemak lepas ini, bolehlah beli tangki oksigen. Bagaimana nak
memaksimakan pengambilan oksigen untuk pembakaran? Membuat latihan aerobik dengan intensiti 65%-75% daripada kadar nadi maksima. Apa kelebihannya? Ruang di dalam ventrikel kiri jantung akan lebih besar dan seterusnya boleh mengisi lebih banyak oksigen untuk dipam. Bila lebih banyak oksigen dipam, pembakaran lemak akan berlaku.

arghh..lemakkk

Macam mana lemak boleh terbentuk? Proses membentuk lemak ni terlalu kompleks. Apa yang dimakan seharian akan ditukar melalui proses pencernaan bermulut dari mulut. Makanan yang dimakan akan ditukar ke bentuk glucose dan dibawa ke salur darah. Bila paras glucose menjadi terlalu tinggi di dalam darah, pankreas akan merembeskan insulin. Fungsi insulin bagi membolehkan glucose berlebihan ditukar ke bentuk glikogen sebagai simpanan. Paras glikogen berlebihan akan dibawa ke hati dan yang berlebihan akan ditukar ke bentuk lemak dan disimpan di tempat yang terdapat banyak tisu adipos. Tisu adipos perempuan banyak terdapat di punggung dan peha. Lelaki di perut kebiasaannya.

Jadi adakah anda fikir yang lemak yang dibina melalui proses yang rumit ini dapat dihilangkan dengan menyapu krim di luar kawasan lemak, yang kononnya dapat memecahkan lemak-lemak badan. Ataupun melalui pemakanan produk membakar lemak. Semua itu tipu belaka. Memang tak dapat dinafikan ada supplement yang dapat membantu. Tapi supplement yang kebiasaannya terdapat di pasaran yang dapat dibeli dengan mudah biasanya produk tipu.

Lemak hanya boleh dibakar melalui aktiviti aerobik. Aktiviti aerobik adalah seperti berlari, joging, tarian aerobik, latihan bebanan, dan lain-lain. Pembakaran lemak boleh terjadi dengan melakukan aktiviti aerobik mengikut intensiti tertentu atau lebih tepat mengikut kadar denyutan nadi. Lemak akan terbakar jika melakukan aktiviti aerobic dengan kadar 55% hingga 75% daripada kadar nadi maksima. Jika kadar nadi latihan lebih tinggi, proses pembakaran lemak tidak terjadi.

Contohnya jika, seorang yang terlalu gemuk berlari untuk mengurangkan berat, tetapi kadar nadi latihannya tinggi, badannya akan bertindak balas dengan membakar protein atau otot sebagai sumber tenaga dan menyimpan lemak untuk kegunaan masa depan. Jadi ini menyebabkan dia tidak hilang lemak dan seterusnya terus kecewa untuk melakukan aktiviti tersebut kerana mendakwa tidak berkesan.

Kenapa saya cerita semua ini? Sering kali saya melihat ramai yang berlari atas treadmill di dalam gym atau di rumah tetapi tidak mendapat hasil daripada larian. Ataupun mendapat hasil hilang berat badan tetapi bukan hilang lemak. Sama seperti aktiviti tarian aerobik dimana bukan semua yang menyertainya berjaya mengurangkan berat badan seperti yang diimpikan. Aktiviti terian aerobik biasanya tidak berkesan disebabkan setiap peserta tidak mempunyai kadar nadi yang sama.

Bagaimana hendak mengira kadar nadi latihan?. Dengan mengunakan kovenan formula 220 - Age = Kadar Nadi Maksima. Kadar Nadi Maksima - Kadar nadi Rehat * Peratusan yang dikehendaki = Kadar Nadi Latihan. Jika menggunakan kawalan kadar nadi jantung yang boleh boleh diperolehi di kedai ianya agak mudah. Tetapi jika tiada anda boleh guna cara senang, mengira ketika dalam latihan. Kira untuk 15 saat dan didarap dengan 4. Walaupun kiraanya tidak tepat tetapi boleh digunakan sebagai rujukan. Ataupun boleh guna cara lain iaitu cara menguji melalui keupayaan untuk terus bercakap dan bernafas lancar ketika di dalam latihan.

Dengan menggunakan kaedah kiraan kadar nadi menjadikan proses pembakaran lemak lebih cepat dan efektif. Sesuatu aktiviti aerobik mesti dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk mendapat kesannya. Jika kurang 20 minit, badan hanya akan membakar glucose sebagai tenaga. Selamat mencuba.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger