Monday, August 10, 2009

MINYAK URUT vs RICE

Kita sering melihat dan mungkin pernah merasai kecederaan yang melibatkan anggota badan semasa bersukan. Macam-macam istilah yang kita dengar seperti terseliuh, salah urat, putus ligament etc. Jadi bagaimana ingin mengurangkan kesakitan ini?. Situasi yang kita akan lihat dan hadapi ialah meletak minyak (apa saja jenis minyak – minyak panas, minyak batu, minyak ular etc) kemudian berlakulah aktiviti mengurut. Sedarkah kamu yang perbuatan tersebut bukan sahaja menyebabkan kecederaan tersebut semakin teruk malah boleh menyebabkan anggota tersebut mengalami proses pembengkakkan yang mengerikan.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya mengurut tidak boleh?. Mesti anda akan menyoal soalan tersebut. Jawapannya ialah melakukan tindakan segera yang di panggil RICE. Apakah RICE?. RICE merupakan satu tindakan pantas bagi mengurangkan kesakitan dan bertambah teruknya kecederaan tersebut. RICE juga merupakan satu tindakan yang beransur-ansur mengikut langkah yang sepatutnya dilakukan semasa mendapat kecederaan. Berikut merupakan langkah-langkah dan huraian penggunaan RICE dan makna setiap langkah RICE.

R : REST - bermaksud bahagian yang tercedera perlu direhatkan dari aktiviti. Rehat mempercepatkan sembuh dan bahagian yang tercedera tidak bertambah buruk.

I : ICE - bermaksud menggunakan kaedah penyejukan terhadap bahagian yang tercedera. Ais, ’cool packs’ atau ’cool-spray’ boleh digunakan. Sejuk mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan bengkak. Ais boleh digunakan 30 minit setiap jam dalam masa 3 hingga 6 jam.

C : COMPRESSION - bermaksud menggunakan pembalut bagi menekan bahagian tercedera. Ianya boleh mengurangkan bengkak. Pada masa yang sama, ais boleh disertakan bagi kesan yang maksima.

E : ELEVATION - bermaksud menaikkan bahagian yang tercedera tinggi dari paras jantung supaya mengurangkan bengkak dan kesakitan.

Semoga maklumat ini membantu anda yang aktif dalam bidang sukan. Dapatkan lagi maklumat dari guru sukan anda mengenai proses ini. Layari juga youtube bagi mendapatkan klip video amali proses-proses RICE ini..majulah sukan untuk Negara..all the best..adios:)

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger